Malaysia
  Pelaburan Internet
 

PELABURAN INTERNET

HYIP (High Yield Investment Program)

   Ini pula adalah kaedah yang paling-paling disukai dan digilai oleh ramai orang, terutamanya rakya Malaysia... . Campak duit!... Goyang Kaki! Cukup bulan.. duit berkepul-kepul masuk ke dalam akaun bank! Nak lagi banyak? Ajak kawan-kawan sekali, jemput semua sekali orang kampung masuk melabur!

    Peduli apa pihak penganjur buat dengan duit tersebut?
    Peduli apa mereka itu ada lesen ke tidak?
    Peduli apa halal ke haram?

    Yang penting..... cukup bulan.. CONFIRM dapat untung sekian-sekian peratus!

    HYIP, Swisscash, E-Barrel, ABFund dan apa-apa sahaja website yang menjanjikan anda keuntungan tetap, adalah beberapa contoh website yang menawarkan skim PELABURAN INTERNET ini. Mereka tidak mempunyai lesen, dan mengambil deposit daripada masyarakat secara haram.

   Inilah kaedah buat duit di internet yang di"HARAM"kan oleh majlis fatwa kebangsaan pada 11 April 2007 lepas. Suatu pelaburan yang dijalankan menerusi internet... atau nama sebenarnya, SKIM CEPAT KAYA ALAF BARU.

    Duit yang dilaburkan sebenarnya hanya dipusing-pusingkan. Duit-duit dari pelabur X, Y, Z akan diberikan kepada pelabur-pelabur A, B, C yang merupakan orang-orang yang terawal melabur di dalam pelaburan haram ini. Dan, apabila pelabur-pelabur A, B, C ini mendapat wang keuntungan sepertimana yang dijanjikan oleh penganjur pelaburan haram ini (yang sebenarnya sengaja diberikan untuk menguatkan kepercayaan orang ramai). Maka, akan semakin riuhlah pelabur-pelabur A, B, dan C ini mengkhabarkan yang mereka kononnya telah memperolehi keuntungan yang berlipat ganda dari pelaburan mereka di dalam skim pelaburan haram tersebut.

    "Tengoklah berapa banyak duit aku dah dapat hasil daripada pelaburan ini, mana ada tipu? Kalau tipu, takkan aku boleh dapat duit banyak begini?" kata pelabur A

    "Sertailah kami, usah dengar kata-kata rakan-rakan anda itu, mereka itu semua melayu yang berfikiran rendah, busuk hati & pendengki! Tidak boleh tengok orang senang sikit! " kata pelabur B

    "Haram konon.... boleh jalanlah dengan haram kau! Kalau nak haram.. haramkan semuanya!" kata pelabur C yang cuba menghalalkan perkara yang haram.

    Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai pelaburan haram ini disini, saya sudah letih, jika anda ingin membaca kupasan lebih lanjut mengenai pelaburan haram ini, anda boleh lawati website-website berikut :-

  • Penipuan Pelaburan Internet
  • Pelaburan Internet - SCAM!
  • Jawapan Azizi Ali (Jutawan Hartanah) Terhadap Pelaburan Internet
  • Senarai Pelaburan Internet dan Bukti Kepalsuan Mereka

    Apa yang pasti, kini dalang-dalang skim-skim pelaburan haram & cepat kaya ini sedang mencari-cari taktik yang baru untuk meneruskan lagi kegiatan penipuan mereka. Dengar kata, mereka kini sedang sibuk pula membuat website-website pelaburan yang baru, untuk website yang terbaru ini, mereka tidak lagi memberikan pulangan "tetap", tetapi pulangan diberikan, berdasarkan "prestasi" pelaburan pula!. Apabila ditanya, Dimana wang pelabur dilaburkan?.. Mana lesen pelaburan? Mana laporan pelaburan tahunan? "Oh! itu tidak boleh di dedahkan.. itu rahsia strategi pelaburan kami!" alasan ringkas yang mereka berikan untuk sekali lagi memperbodohkan masyarakat.

    Nasihat saya kepada anda! Jika ada peluang-peluang buat duit yang ditawarkan kepada anda, lebih-lebih lagi jika mereka meminta wang dari anda (sama ada berbentuk yuran keahlian / wang pelaburan) dan kemudiannya, meminta anda MENCARI ORANG lain untuk membolehkan anda mendapatkan keuntungan yang besar dalam masa yang singkat. Berhati-hatilah...ops! maaf! Bukan berhati-hati.. tetapi larilah jauh-jauh sekuat-kuatnya.

    Selidik terlebih dahulu dari mana asalnya wang keuntungan yang anda perolehi itu? Oh! yer... apabila saya menyuruh anda membuat "selidikan" , ia bukanlah bermaksud, membaca segala maklumat yang terdapat di website mereka dan kemudiannya mempercayainya 100%.

    Tetapi apa yang saya maksudkan dengan perkataan "selidik" ialah , selidik terlebih dahulu modus operandi mereka, dari mana sumber duit tersebut datang, dan ke mana duit tersebut pergi. Apa yang menyebabkan mereka boleh memberikan anda keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat?.




 
  Hari ini, seramai 1 visitors (1 hits) melawat laman ini Hakcipta TradersGuide®  
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free