Malaysia
  FAKTA MENARIK?
 

FAKTA MENARIK TENTANG SWISS CASH

  1. Skim ini didakwa dilancarkan pada tahun 1948, tetapi laman webnya didaftarkan pada pertengahan tahun 2005.
  2. Kedutaan Switzerland menafikan skim ini berdaftar di negara tersebut.
  3. Skim dikatakan berpangkalan di Republik Dominican, tetapi tidak mempunyai akaun negara tersebut.
  4. Dikatakan 90% daripada pelabur skim ini terdiri daripada Malaysia dan sebahagian kecil daripada Indonesia, Brunei, Singapura dan China. Laman webnya pula memberikan tumpuan kepada pelabur Malaysia.
  5. Domain laman web ini didaftarkan di MALAYSIA bagi tempoh selama satu tahun sahaja.
  6. Pemilik laman web SwissCash pernah menggunakan emel host 202.189.48.230 yang disediakan oleh Syarikat Malaysia. Hos tersebut dikongsikan dengan empat laman web yang lain, diantaranya emobile2u.net. Pendaftar laman web emobile2u.net pernah dikaitkan dengan skim cepat kaya melalui internet, empiredreams.com
  7. Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara memaklumkan skim pelaburan Swiss Mutual Fund tidak berdaftar di Malaysia.
  8. Suruhanjaya Sekuriti dan Futures Hong Kong mengatakan laman web SwissCash sebagai laman web palsu.
    Ramai pengguna didakwa telah melabur dalam skim ini yang mendakwa mampu menawarkan pulangan sehingga 300 peratus. Skim ini menawarkan empat plan pelaburan iaitu :

Swiss Investment Plan

Skim ini menawarkan pengeluaran dividen setiap bulan dengan pulangan sehingga 300% dalam tempoh 15 bulan berdasarkan formlua berikut :
            Bulan 1 hingga ke 3        - 10% setiap bulan
            Bulan 4 hingga ke 6        - 15% setiap bulan
            Bulan 7 hingga ke 9        - 20% setiap bulan
            Bulan 10 hingga ke 12    - 25% setiap bulan
            Bulan 13 hingga ke 15    - 30% setiap bulan
Pelabur boleh melabur dalam pelan ini dengan kadar minimum USD100 (RM370).


Swiss Affiliate Plan

Skim ini menawarkan komisyen sebanyak 10% jika membuat jualan, iaitu menaja seorang ahli baru yang diletakkan di bawah pelabur yang telah menyertai skim ini. Komisyen 10% itu dikira berdasarkan nilai pelaburan ahli baru tersebut.
    Pelabur yang ingin menyertai skim ini perlu melabur lebih daripada USD1000 (RM3700)


Swiss Revenue Plan

Dengan pelaburan sebanyak lebih daripada USD1000 skim ini menawarkan dividen sebanyak 10% bagi setiap dividen bulanan yang diterima oleh ahli yang terletak di bawah beliau selama ahli itu melabur.

Swiss Financial Plan

Pelan ini menawarkan pulangan sebanyak 10% bagi setiap jualan sebanyak USD 10,000 bagi kumpulan yang terletak disebelah kiri dan kanan peserta pelan ini. Peserta dikatakan akan menerima dividen ini dalam tempoh 3 bulan ke atas apabila beliau telah mempunyai ramai penajaan. Pelan ini juga boleh disertai bagi pelaburan melebihi USD1000.

Dipetik dari :Buletin Pengguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna


Lagi Fakta Menarik Tentang Pelaburan Internet ?

Dilaporkan Admin untuk program HYIP (High Yield Investment Program) di internet seperti Onlineforexinvestment.com , Astarventure.com adalah seperti di bawah :

WHOIS untuk IP :202.75.63.178


inetnum: 202.75.32.0 - 202.75.63.178
netname: TMIDC-MY
descr:  TELEKOM MALAYSIA BERHAD
descr:  HOSTING SERVICES; DSD;
descr:  MYLOCA, INTERNET DATA CENTRE
country:  MY
admin-c:  AA125-AP
tech-c:   MS283-AP
status:   ALLOCATED PORTABLE
mnt-by:  APNIC-HM
mnt-lower: MAINT-MY-EASTGATE
changed:  20050715
source:   APNIC

person:  A**** A**
address: 20th Floor, Wisma Celcom Semarak
address: Jalan Raja Muda Abdul Aziz
address: 50400 Kuala Lumpur
country: MY
phone:   +603-2681****
fax-no:  +603-2681****
email:   gatekeeper@eastgate.net.my
nic-hdl: AA125-AP
mnt-by: MAINT-MY-EASTGATE
changed: gatekeeper@eastgate.net.my  20050202
source:  APNIC

person:  M*** G****** S****
address: 3rd Floor TM IT Complex
address: 3300 Lingkaran Usahawan 1 Timur
address: Cyber Jaya Selangor
country:  MY
phone:  +603-8318****
fax-no:  +603-8318****
email:  m_ghaza@tm.net.my
nic-hdl:  MS283-AP
mnt-by: MAINT-MY-EASTGATE
changed:  gmen@tm.net.my  20011126
source:  APNIC

Maklumat ini didedahkan di Ponzi Scam Forum oleh bluepacific. (Daripada Leong)
Untuk maklumat lanjut sila lawati
www.ponziscam.com


 
  Hari ini, seramai 2 visitors (3 hits) melawat laman ini Hakcipta TradersGuide®  
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free