Malaysia
  Matawang Elektronik
 

MATAWANG ELEKTRONIK

    Matawang elektronik ataupun e-currency adalah matawang yang digunapakai di internet. Matawang elektronik ini mempunyai nilai kerana di sandarkan pada galian-galian bernilai seperti emas dan perak yang disimpan di di dalam bank. Contoh e-currency ialah e-bullion, egold, paypal dan sebagainya.

    E-currency juga adalah  matawang elektronik yang disandarkan secara langsung dengan satu matawang negara tertentu seperti U.S Dollar dan nilainya tidak berubah mengikut harga semasa bahan galian yang di gunakan sama ada emas (gold) ataupun perak (silver).

Bagaimana anda boleh menggunakan e-currency ?

    Anda boleh menggunakan e-currency untuk perdagangan antarabangsa secara online, boleh membayar dan menerima e-currency melalui akaun, melakukan pembayaran serta merta secara online kepada pemagang akaun e-currency dan juga sebagai bentuk perlaburan untuk melindungi aset anda daripada sebarang masalah ekonomi.

Adakah e-currency selamat ?

    Menggunakan atau menyimpan simpanan di e-currency adalah seperti menyimpan simpanan di bank biasa. Wang anda selamat selagi Kad ATM anda berada dengan anda dan tiada sesiapa mengetahui nombor pin pengenalan Kad ATM anda kecuali anda. Begitu juga e-currency, sekiranya anda tidak mendedahkan nama login dan kata laluan kepada akaun e-currency anda, ia selamat seperti di dalam bank.

Bagaimana cara untuk memasukkan wang ke dalam e-currency anda ?

    Terdapat banyak cara untuk memasukkan wang ke dalam akaun e-currency anda. Ini diterangkan dengan lebih lanjut oleh Syarikat ataupun Pengusaha e-currency yang anda pilih (e.g, e-bullion atau egold). Walau bagaimanapun cara yang paling mudah dan menjimatkan adalah dengan membeli daripada individu tertentu yang mempunyai jumlah e-currency yang tinggi di dalam akaun mereka. Anda hanya perlu memasukkan wang ke dalam akaun bank individu tersebut (seperti Maybank ataupun CIMB) dan kemudiannya individu itu akan memindahkan sejumlah e-currency dari akaunnya ke dalam akaun anda seperti yang dipersetujui.

Apa kaitan di antara matawang elektronik (e-currency) dengan perniagaan di internet ?

    Seperti perniagaan konvensiona, perniagaan online ataupun perniagaan internet juga melibatkan wang. Matawang elektronik ini diperlukan sebagai storan atau bank untuk membayar segala transaksi perdagangan yang dilakukan kerana peniaga-peniaga mungkin berada atau berasal dari seluruh dunia. Oleh sebab itu, penggunaan matawang elektronik ini dapat menjimatkan masa untuk menyelesaikan pembayaran dan menyeragamkan penggunaan matawang pelbagai negara.

    Anda boleh membuka akaun e-currency anda di www.e-bullion.com yang bersandarkan kepada silver bullion (perak) ataupun di www.e-gold.com yang bersandarkan kepada gold (emas). Setelah berjaya membuka akaun, anda boleh memasukkan wang ke dalam akaun anda dengan membeli e-bullion/ e-gold daripada Evogates ataupun Epay2gold. Terdapat banyak lagi penukar e-currency yang lain tetapi berdasarkan pengalaman saya, Evogates dan Epay2gold adalah penukar e-currency yang efisien, cepat dan murah berbanding yang lain.



 
  Hari ini, seramai 5 visitors (8 hits) melawat laman ini Hakcipta TradersGuide®  
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free