Malaysia
  Panduan Traders
 


HAKIKAT PERNIAGAAN INTERNET

   
    Sejak keluarnya fatwa pengharaman pelaburan internet, banyak pihak melahirkan perasaan tidak puas hati, mana tidaknya setiap hasil yang didapati dari keuntungan yang berpuluh-puluh ribu tersebut terpaksa dijual dan disedekahkan.

    Ditambah pula dengan liputan-liputan serta pendedahan yang dilakukan oleh pihak media, maka, semakin ramailah masyarakat yang tersedar dan mula berhati-hati dengan peluang-peluang membuat duit melalui inernet ini.

    Namun begitu, apa yang mengecewakan, Ramai masyarakat yang terkeliru dengan istilah PELABURAN INTERNET dengan PERNIAGAAN INTERNET. Pada mereka, apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan "Buat Duit di Internet" adalah tipu dan tidak boleh dipercayai. Lebih menyedihkan lagi, bukan masyarakat biasa sahaja yang terkeliru dengan 2 perkara ini, malah pihak-pihak yang dianggap sebagai pihak yang handal ICT, seperti Pusat Keselamatan Siber Malaysia juga turut terkeliru mengenainya. Ini boleh menyebabkan kita ketinggalan dan kerugian kerana tidak menggunakan kemudahan dan kemajuan teknologi komunikasi ini untuk mengembangkan perniagaan.

    Untuk memberikan lebih kefahaman tentang "HAKIKAT SEBENAR PERNIAGAAN INTERNET " , izinkan saya menjelaskannya kepada anda. Diharapkan anda dapat melapangkan dada dan mengosongkan fikiran anda terlebih dahulu dari segala tanggapan-tanggapan serta cerita-cerita yang pernah anda dengar sebelum ini tentang "PERNIAGAAN DI INTERNET"

Secara keseluruhannya, terdapat 4 kaedah / cara membuat duit di internet, iaitu :-

  1. Perniagaan Internet
  2. Perniagaan Tukaran Mata Wang Asing (Spot FOREX)
  3. Program Internet
  4. Pelaburan Internet
Nota : Hijau - Boleh Dipercayai , Oren - Perlu Berhati-hati , Merah - Lari jauh-jauh.

(Sila baca penerangan lanjut mengenai kaedah-kaedah ini di bahagian atau pautan di sebelah kiri anda)



 
  Hari ini, seramai 1 visitors (2 hits) melawat laman ini Hakcipta TradersGuide®  
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free